Selasa, 31 Julai 2012

Terbaik Dari Ladang - Tawau


Isu Aktiviti Kuari Di Hutan Simpan Kelas I Bukit Kukusan Tawau, Sabah


Bukit Kukusan adalah penting dalam tindakbalas geografi persekitaran Tawau kerana ianya antara bukit yang menjadi gugusan tanah tinggi yang menghalang angin yang kuat malah ribut yang membahayakan kawasan Tawau.  Lebih dari itu, Bukit Kukusan turut dihuni haiwan liar seperti monyet dan pelbagai jenis burung.
Apa yang berlaku hari ini, dari pandangan mata kasarku, Bukit Kukusan sudah dikorek sehingga setengah bukit tersebut dan telah menjangkau ke bahagian sebelah bukit tersebut.  Dengan kata lain, bukit itu sudah gondol dan semakin direndahkan dek aktiviti kuari.
Ok, berikut adalah isu yang dibangkitkan SEPA:
  1. Aktiviti kuari dijalankan dalam lingkungan rizab hutan kelas pertama (Forest/Trig Hill Reserve).
  2. Aktiviti kuari menyebabkan terbentuknya tasik toxic.

Kukusan Forest / Trig Hill Reserve 1st Class Forest Reserve – SEPA

Toxic Lake – SEPA
Sementara itu, dari kenyataan Bernama, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Masidi Manjun memberi respon seperti berikut:
  1. Akan meminta laporan terperinci mengenai status tanah, yang didakwa sebagai sebuah rizab hutan kelas pertama itu di Sabah.
  2. Laporan tersebut adalah untuk mengenal pasti samada aktiviti kuari syarikat kuari tersebut sah atau tidak mengikut undang-undang.
Yang menariknya, Masidi berkata:
“Kami memerlukan laporan terperinci berhubung status sebenar tanah yang dikatakan itu dan lesen yang dikeluarkan kepada syarikat kuari berkaitan.
“Sudah tentulah kami mahu mendengar pandangan Jabatan Tanah dan Ukur Sabah tentang perkara ini. Namun sementara kami mengumpul semua laporan, apa jua aduan atau kenyataan berkaitan aktiviti kuari dan status tanah adalah andaian semata-mata.
Sama-samalah kita mengikuti perkembangan isu ini.

Uniknya Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012


Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012 belangsung dengan jayanya, segala pujian dan kejayaan acara ini wajar dibanggakan warga Tawau. Ianya satu lagi catatan sejarah untuk Tawau dalam penganjuran kali kedua acara itu yang dihadiri lebih 15 ribu warga Tawau.
Tahun ini Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau memberi respon yang memberangsangkan dari semua pihak. Keluhan dan rungutan penganjuran tahun lalu diperbaiki tahun ini terutama penambahbaikan dari segi:
1. Reka bentuk pentas utama.
Rekaannya lebih rendah, tidak payah mendongak untuk menyaksikan persembahan di atas pentas. Tahun lalu pentasnya tinggi dan menyukarkan sesiapa sahaja menyaksikan acara di atas pentas.
2. Khemah VVIP.
Selesa dan bergaya, susunan meja kerusi teratur, sama rendah dengan penonton di luar khemah VVIP. Ianya memperlihatkan penganjur prihatin kehendak rakyat yang mahukan layanan sama rata antara rakyat dan pemimpin mereka. Tahun lalu ianya tinggi, ada jurang pemisah antara pemimpin dan rakyat. Malah penonton yang berada di seberang jalan tidak dapat melihat apa yang berlaku di hadapan pentas utama kerana ditutupi khemah VVIP.
3. Skrin layar besar.
Aku menyaksikan 3 skrin layar besar di tempat strategik yang memaparkan kejadian di hadapan pentas. Skrin layar besar itu diletakkan di kiri dan kanan bangunan MPT dan satu lagi di tapak pameran makanan dan tradisi di berdekatan Sabindo Plaza. Berbanding tahun lalu hanya dua skrin layar yang kedudukannya rendah dan tidak jelas.
4. Tempat duduk untuk sebilangan penonton.
Di kiri kanan khemah VVIP diletakkan kerusi untuk penonton terutamanya untuk warga tua yang tidak lagi mampu berdiri lama menyaksikan acara malam itu
5. Protokol majlis berjalan lancar.
Dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Panglima Hj. Juhar bin Hj. Mahiruddin dalam Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012, protokol menjadi keutamaan petugas.  Ini ditambah lagi dengan kehadiran menteri kabinet pusat dan negeri menjadikan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012 sempurna pengaturcaraannya.
Fakta unik Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012:
1. Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012 adalah acara kali kedua dianjurkan dan mendapat sambutan penonton dari seluruh pelusuk daerah Tawau.
2. Tahun lalu, Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau dikenali Festival Kebudayaan Tawau BIMP-EAGA. NamaFestival Kebudayaan Antarabangsa Tawau tidak akan diubah lagi untuk penganjuran tahun berikutnya.
3. Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau disertai semua etnik di Tawau yang melambangkan Tawau memiliki pelbagai etnik berbanding daerah lain di negara ini.
4. Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012 mengetengahkan pameran makanan tradisi dan adat istiadat perkahwinan selama tiga hari. Tahun lalu festival ini mengetengahkan permainan tradisi etnik di Tawau.
5. Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012 mendapat kerjasama Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.
6. Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012 mendapat liputan luas media massa, media elektronik dan media baru online.
7. Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012 turut disertai ramai jurugambar yang menyertai Pertandingan Gambar Tercantik sepanjang Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012 berlangsung. Ianya dianjurkan oleh Persatuan Wartawan Tawau (PEWARTA) dengan ganjaran tempat pertama berjumlah RM1,000.
8. Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012 disertai pasukan kebudayaan dari luar negara Indonesia, Brunei dan Syria.
9. Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012 dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman yang mewakilkan Timbalannya, Datuk Seri Yahya Hussin.
10. Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012 menggabungkan artis tempatan dan dari luar untuk mengakhiri kemeriahan acara itu.  Artis tersebut ialah Mas AF2, Adira, Arsheed (DefGabC), Janrywine J Lusin, Fauziah Gambus, Adam & dance.
Berita Bernama 2012/02/12:
Musa mahu PBT ketengahkan keunikan budaya, sejarah ke peringkat antarabangsa
TAWAU: Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman mahu pihak berkuasa tempatan (PBT) mengenal pasti, mengembleng dan mengetengahkan potensi dan keunikan yang terdapat di daerah masing-masing hingga ke peringkat antarabangsa.
“Ini termsuklah aspek berkaitan sejarah sesuatu tempat, keunikan etnik dan suku kaum, kepelbagaian budaya, potensi pelancongan dan apa jua usaha dan program yang dapat menjana ekonomi, mengukuhkan kerjasama dan perpaduan rakyat,” katanya.
Kerajaan negeri akan terus memberi komitmen dan sokongan terhadap usaha itu, katanya dalam ucapan pada perasmian Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau 2012 di sini, malam tadi.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Yahya Hussin.
Festival yang memaparkan pelbagai kebudayaan 26 etnik yang terdapat di Tawau termasuk makanan, tarian, pakaian tradisi dan adat perkahwinan masing-masing yang dihadiri ribuan pengunjung dirasmikan oleh Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin. – BERNAMA

Selasa, 22 November 2011

Rancangan Pengajaran Harian 3026

Tarikh : 9 November 2011  
       

Hari : Rabu


Tema : Kenderaan


Sub-Tema: Kenderaan di Darat


Fokus :         BM 1.0 Kemahiran Mendengar
                   BM 2.0 Kemahiran Bertutur
                   BM 3.0 Kemahiran Membaca


Standard Kandungan :       BM 1.1 Mendengar dengan penuh perhatian.
                                      BM 2.2 Bersoal jawab melalui rangsangan yang diberi.
                                      BM 3.4Membina dan membaca suku kata.


Standard Pembelajaran :   BM 1.1.9 Membezakan jenis bunyi yang ada di persekitaran.
                                      BM 2.2.8 Bersoal jawab secara bersopan.
                                      BM 3.4.6 Membina dan membunyikan tiga suku kata terbuka secara rawak.


Objektif :                       Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
                                      a) Mengenal jenis bunyi-bunyi kenderaan.
                                      b) Mengeja perkataan dengan betul.
                                      c) Memadankan gambar dan perkataan dengan betul.


Kesepaduan :                    KTI 2.1.10 Menyanyi dengan sebutan yang jelas.
                                      ST 7.1.3 Membilang objek 1-10.
                                      KTI 1.1.5 Mewarnakan gambar dalam runag tertentu.
                                      PSE 2.2.2 Menunjukkan semangat dan sifat positif seperti berkeyakinan.


Aktiviti:
Set Induksi
1. Guru memperdengarkan bunyi kenderaan di darat.
2. Murid member respon terhadap bunyi.
3. Guru memperkenalkan jenis-jenis kenderaan.
4. Murid menyebut nama-nama kenderaan.

Langkah 1 ( MENGEJA PERKATAAN)
1. Guru menunjukkan gambar kenderaan.
2. Murid menyebut nama kenderaan yang ditunjukkan.
3. Murid mengeja nama-nama kenderaan.
4. Guru memberi penerangan kepada murid.

Langkah 2 ( MEMADANKAN GAMBAR DENGAN PERKATAAN)
1. Guru menunjukkan gambar dan perkataan.
2. Guru memberi arahan kepada murid.
3. Murid memadankan gambar dengan perkataan.

Langkah 3 ( MENYANYI LAGU BAPAKU PULANG)
1. Guru memperdengarkan lagu kepada murid.
2. Murid menyanyikan lagu “Bapaku Pulang dari Kota”.
3. Murid membuat pergerakan sambil menyanyikan lagu.

Penutup
1. Mengimbas kembali aktiviti yang dijalankan dengan memberi soalan.
Contoh : 1. Apakah aktiviti yang kamu pelajari hari ini?
             2. Berikan kenderaan yang kamu ketahui.

Bahan Bantu Mengajar : Kad gambar, carta gambar, kad perkataan, lagu, lembaran kerja.



Rabu, 15 Jun 2011

MODUL ATAS TALIAN


PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU 


 
KPD 3016 – PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1 
PROJEK BERKUMPULAN
(P&P ATAS TALIAN) 
AHLI KUMPULAN: 
1.  PN.MARIANI BINTI MAJID   (PPG/41005/11)
2.  EN.MOHD.NORFADHLY BIN JANI  (PPG/41006/11)
3.  PN.MELISSA BINTI MAJID  (PPG/41052/11)
4.  PN.JAMALIA BINTI ASIK@ASIL  (PPG/40935/11)
5.  PN.TIFAH BTE LAUNA   (PPG/41021/11)

PENSYARAH:
DR.AZIDAH BT.ABU ZIDEN
(azidah@usm.my)


 
RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (RPH) 
Tarikh: 15 Jun 2011         Tema: Haiwan   Hari:  Rabu 
Masa: 8.30-9.30 pagi                                                            Bilangan murid: 25 orang 
Tunjang   : Sains dan Teknologi 
Fokus    : ST 3.0 Menyiasat Alam Hidupan 
Standard Kandungan  : ST 3.4 Menjalankan penerokaan ke atas ciri, habitat, 
                                                  cara pergerakan, jenis makanan, kitaran hidup haiwan
                                                  jinak yang biasa dijumpai 
 Standard Pembelajaran : ST 3.4.5 Mengecam tempat tinggal haiwan. (Contoh:
                                                  Kucing – rumah, ayam -  reban, itik -  kolam,
                                                  lembu – padang, kerbau – sawah, katak – air & darat,
                                                  ikan -  air, burung – pokok) 
Objektif   : Pada akhir sesi pengajaran, murid dapat:
                        Menyatakan ciri-ciri
 Menamakan haiwan
Menyatakan tempat tinggal haiwan 
Kesepaduan   : KTI 2.1.13 Menyanyi dengan gerakan
                         PSE 2.3.6 Berinteraksi dengan yakin
                         KTI 1.1.5 Mewarnakan gambar dalam ruang tertentu
                         ST 7.1.3 Membilang objek 1-10 
Aktiviti / langkah  :

Set Induksi    : 1. Guru menunjukkan model haiwan
                                                  2. Murid menyebut nama haiwan yang ditunjukkan
                                                  3. Murid mendengar lagu “Bunyi Haiwan”
                                                  4. Murid menyanyi sambil membuat pergerakan 
Lagu “Bunyi Haiwan”
·     Saya ayam kok, kok, kok, kok, kok
Saya itik quek, quek, quek, quek, quek
Saya burung pit, pit, pit, pit, pit
Kami bunyi kok, kok, kok, kok, kok
Quek, quek,quek, quek, quek
Pit, pit, pit, pit, pit   
Langkah 1   : Menyatakan ciri-ciri pergerakan haiwan
1.      Guru menunjukkan gambar haiwan
2.      Guru menyoal murid tentang pergerakan haiwan
3.      Murid menjawab soalan tentang pergerakan haiwan

Ikan  - berenang
Lembu  - berjalan
Katak  - melompat
Burung - terbang  
Langkah 2   : Menyatakan tempat tinggal haiwan
1.  Guru menunjukkan gambar haiwan
2.  Murid menyatakan tempat tinggal haiwan
3.  Guru membuat peneguhan
Ikan  - air
Lembu  - ladang
Burung - pokok
Ayam  - reban 
Langkah 3   : Padankan haiwan dan tempat tinggal 

Langkah 4   : Murid menjawab soalan 
Saoalan:
1.  Apakah nama haiwan di atas? (Gambar kucing)
a.   Ikan b) Ayam c) Kucing

2.  Apakah nama haiwan di atas? (Gambar ikan)
a.   Katak b) Semut c) Ikan

3.  Bagaimanakan haiwan ini bergerak? (Gambar burung)
a.   Melompat b) Terbang c) Berjalan

4.  Apakah makanan utama haiwan ini? (Gambar lembu)
a.   Rumput b) Lobak c) Cacing

5.  Di manakah haiwan ini tinggal? (Ayam)
a.   Kolam b) Padang c) Reban

6.  Berapa ekor bilangan ikan di atas? (Gambar 3 ekor ikan)
a.   Dua  b) Tiga  c) Satu

7.  Haiwan manakah yang tinggal di ladang?
a.   Lembu b) Arnab c) Katak

8.  Kaiwan di bawah tinggal di air kecuali
a.   Ikan b) Udang c) Arnab

9.  Bagaimanakah haiwan ini bergerak? (Gambar ikan)
a.   Terbang b) Berenang c) Melompat

10.  Apakah makanan utama arnab? (Gambar arnab)
a.   Lobak b) Rumput c) Pisang 

Penutup 

Induksi



Powerpoint kpd3016
View more presentations from Tifah Launa

Penutup 

Isnin, 13 Jun 2011

USMSABAH2011: RANKING UNIVERSITI

USMSABAH2011: RANKING UNIVERSITI: "1. Universiti Sains Malaysia . 2. Universiti Teknologi Malaysia. 3. Universiti Kebangsaan Malaysia. 4. Universiti Putra Malaysia. 5. Unive..."